Selasa, 7 April 2009

Cerita Sibuk Minggu Ini

Booth UiTM....
Mai Masuk U...hehehe

Jumaat (3 Apr 2009) - Ahad (5 Apr 2009)

Jom Masuk U - Hari jumaat pukul 3 aku dah bergerak ke JB pasal ada Karnival Jom Masuk U dan di JB merupakan penutup karnival bagi tahun nier. Aku macam biasa la memang kena involve punyer. Masa kat sana kitaorang stayed kat Hotel Selesa....agak selesa la tapi rasanya Pan Pacific lagi selesa kut...hehehe.

Hari sabtu aku kena bagi taklimat pada Pengetua, YDP PIBG dan Cikgu Kaunseling...jadi malam jumaat tuer aku buat powerpoint yang agak ringkas tetapi tetap signifikan (macam tag blog prof plak..hehehe). First time aku bagi taklimat dalam suasana formal dan penuh keilmuan dan kelihatan semua audience boleh menerima taklimat yang aku bagi. Abis jer sesi taklimat, aku rasa lega yang teramat sangat....(agenda selepas taklimat jln2 cari makan...hehehe)...driver bawak aku ker food court dekat ngan Hotel The Zon...apa lagi melantak la sepuasnya. Malam tuer aku follow ajk2 karnival berjalan di Danga Bay...memang meriah, kurang sikit jer dari Uptown Shah Alam dan Damansara...barang2 pun agak mahal. Aku berpeluang menyambar beg Adidas (lawa gak la) untuk isi laptop aku...dan itu dijadikan kenangan menandakan aku dah menjejak kaki ke Danga Bay...hehehe

Ahad, lebih kepada aktiviti menolong apa yang patut kat tapak karnival dan paling penting pusing2 Plaza Angsana (tempat karnival diadakan)...x perlu sangat nak duk kat kaunter pasal petugas dah ramai sangat kat situ (daripada fakulti pun turun sama)...abis jer karnival kitaorang terus packing bahan2 karnival yang lebih untuk dibawa balik ke Segamat. Dan malam tuer aku sampai pukul 11.30 ke rumah. nasib baik sempat tengok game Man Utd (menang 3-2 lawan Aston Villa)....nasib baik la...gol last minutes....hahahaha


Isnin (6 Apr 2009) - Selasa (7 Apr 2009)

Ambil kertas soalan di Bahagian Peperiksaan, UiTM Shah Alam. Bertolak dari Segamat lepas Asar dan Check In kat Intekma kul 7 lebih. Malam tuer lepas jalan2 Kompleks PKNS dan Alam Sentral aku bawak bos aku ke Uptown Shah Alam (tmpt aku lepak)...hahaha. Kitaorang makan kat food court kat situ....ok la gak, tapi services lambat la....hehehe.

Pagi tadi kul 9 dah ready kat Bahagian Peperiksaanuntuk urusan pemunggahan kertas soalan ke dalam lori. Ok la, dan semuanya berjalan lancar...sampai kat Segamat dah nak dekat kul 5.....dan skang baru berpeluang tulis blog....dan aku namakan entri minggu nier, minggu sibuk...hahaha

Khamis, 2 April 2009

Hidup dalam sibuk.......

Hidup nier kadang-kadang aku rasa macam plug jer...orang bleh guna bile diaorang suka

Salam..

Lama dah x tulis entri dalam blog nier...hehehe. Memang kesibukan dengan tugas seharian membataskan aku untuk menulis dalam blog ini. Hari ini merupakan hari kedua aku bekerja dalam minggu ni. Setelah 2 hari berkampung di Shah Alam, sekali balik memang x terkira kerja yang harus aku selesaikan dalam minggu nier gak. Semalam, x banyak yang berlaku dalam hidup aku selain bersama-sama mengembeleng tenaga bersama Puan Che Faridah memberikan taklimat exam utk student baru (aku lupa sebenarnya nasib baik Puan Che Faridah call aku). Petang plak lebih sibuk membuat review pekeliling dan surat-surat arahan yang aku dapat. Memang stress gak la semalam...hahaha.

Hari nier, kul 10 conduct meeting HEA khas untuk peperiksaan (1st time aku jadi chairman sepenuhnya) meeting hari nier agak santai, maybe xnak stress2. Aku cuba mendapat feedback dari staf tentang isu2 exam aku agar dapat diketengahkan masa meeting akademik dengan pensyarah nanti. Tengahari tadi, sejarah dalam hidup aku...menjadi peserta pantun antara bahagian. X pernah aku berpantun-pantun nier, Lawan team HEA bukan calang2...student DBS yang memang handal berpantun. Nasib baik dapat Naib Johan, walaupun aku sendiri x tau apa yang aku pantunkan. Janji dapat hadiah (tempat ke-2 dari 2 pasukan yang bertanding...hehehe).

Petang nier suasana agak tenang ngan ujan yang rintik2 kat luar. Aku yang dalam bilik nier plak sibuk menyediakan minit mesyuarat untuk Mesyuarat pada hari isnin nier. Skang rilek jap, baru lepas makan. Begitu la dalam hidup nier, bukan selalunya kita dapat menikmati hidup dengan sepuas-puasnya...kadang-kadang keje nier walaupun bukan kita yang minx...ada jer yang harus dibuat...aku selalu berdoa pada ALLAH SWT agar sentiasa memberikan aku ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup ini. Kadang-kadang aku rasa idup nier memang satu perjalanan yang jauh dan tak dapat diduga.....nak mencari ketenangan dalam hidup memang susah selagi kita x kembali ke jalan ALLAH SWT...Adios......

Sabtu, 28 Mac 2009

I'm out of office on 30-31 Mac 2009

Tinggal jap UiTM Johor minggu nier...hahaha
Salam....

Alahai..cuti nier macam xde makna jer, hari nier ada mengajar modul 5 - student Diploma. Sampai la pukul 5 nanti. Pastu esok pagi ada kursus KIK (aku fasilitator..tup tup nama naik - budak kolej nak suh letak nama aku)..leceh2...nasib bain petang dah kena gerak ke Shah Alam ada meeting ngan pendaftar. Malam sok dan malam isnin tido kat Concorde lagi...nasib baik makan kat situ sedap...hahaha. Ingat nak ajak Epul jalan-jalan kedai kamera (aku nak beli kamera la)....murah2 jer, janji masa amik gambor cantik.

Petang semalam, sejarah dalam hidup aku pasal meeting TP dan KP berakhir kul 7.10 malam...hahaha. Begitu la kalo keje nier, apa yang dirancangkan kadang-kadang x menjadi kenyataan. Kepala nier pun berat jer, nasib baik rehat untuk modul lama sikit. Sempat la masuk opis uat keje sikit apa yang patut. Tinggal pesan kak Kak Eton suh delegatekan tugas yang akan aku tinggalkan nanti.

So kawan-kawan, buat pengetahuan korang aku xder kat opis isnin dan selasa nier tau.....apa-apa yang penting sila tinggalkan message pada staf atau e-mail jer aku....adios....

Jumaat, 27 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UiTM Johor pada 27 Mac 2009

Masjid As-Syakirin penuh dengan staf dan pelajar UiTM Johor

Kolej aku (Sempana Riau) tempat ke-3 perarakan Maulidur rasul

X hafal selawat, kena la tengok liriknya..hehehe

Epul buat lawak kering, terpaksa la layan..hehehe

Berpeluh gak la...jauh gak berjalan....

Pagi jumaat yang mulia ini, Staf dan Pelajar UiTM Johor mengadakan Perarakan Maulidur Rasul. majlis yang dihadiri lebih 1000 orang ini telah berlangsung dalam suasana meriah. Lepas jer abis perarakan, kami berkumpul di Masjid As-Syakirin mendengar Ceramah pasal Maulidur Rasul dari Ustaz Fairus (Peg Hal Ehwal islan dari Pejabat Mufti Johor)..memang best ceramah dier....Memang masih banyak yang aku perlu belajar pasal kisah-kisah Rasullullah SAW nier....Sesungguhnya mempelajari hal-hal agama Islam itu memang menarik dan indah....Percayalah.....Adios....


Khamis, 26 Mac 2009

Birokrasi atau Prosedur yang salah?

Salam.....

Geram betui aku hari ni....ada gak manusia macam nier....kebanyakkan gerak kerja yang memerlukan prosedur tak mahu diikuti...ikut hati aku memang aku nak mengamuk hari nier, nasib baik aku hormat sorang pensyarah nier....aku anggap dier macam mak aku yang sememangnya harus aku hormati....salahkah aku menetapkan dan menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh UiTM? Kadang-kadang aku rasa hidup nier x fair apabila seseorang menyoalkan tindakan aku? adakah dengan merasakan diri mereka senior dan telah berkhidmat lebih lama dari aku, mereka boleh lakukan apa sahaja?

Prosedur yang mesti diikuti, dianggap sebagai karenah birokrasi...ada ke patut? Yang mempersoalkan prosedur ini pulak merupakan orang lama....iaitu orang yang berpengalaman. Cakap memang meninggi diri, maklum la...pensyarah DM52....aku macam biasa la, x mudah melatah. Aku cuba mengawal emosi aku dan cuba bertoleransi untuk menjernihkan suasana...walaupun aku rasakan apa yang aku lakukan hanya mengikut prosedur dan bukan aku yang tetapkan....Aku harap pensyarah tu paham antara maksud INTEGRITI dalam kerja. Walaupun cara dier cakap memang macam nak menjahanamkan aku...tapi aku peduli apa? Ko ingat, kami yang pentadbir nier xder akal fikiran ker? kami nier manusia gak. Kalo xder prosedur...korang boleh ke manage sendiri keje tuer.

Walaupun aku masih baru, aku tau...aku pun dah dapatkan nasihat dari orang lain sebelum menetapkan apa yang harus dibuat. Aku juga menceritakan apa yang terjadi pada hari nier pada kawan-kawan aku dan masing2 menyokong tindakan aku....Ala bagi aku benda nier adalah asam garam kehidupan, tapi kadang-kadang benda macam nier la yang bagi semangat pada aku untuk menjadi pensyarah tuer meluap-luap....alahai...x sabar nyer aku nak amik EMBA nier...hehehehe.

Buat kawan-kawan, doakan agar aku terus dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang berlaku....buat pensyarah tersebut, sedarlah ini bukan birokrasi tetapi ini adalah soal amanah dalam bekerja...kalo dah prosedur macam tuer ikut jer la....nak persoalkan untuk apa plak.....jangan ingat ko gaji besar bleh pijak kepala kami nier...INSAFLAH.....

Rabu, 25 Mac 2009

50 perbezaan lelaki dan wanita


1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.
17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).
18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.
20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri “Saya” dibanding laki-laki.
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.
48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

The Times


The Times adalah sebuah kumpulan muzik indie di Malaysia yang ditubuhkan pada 2004. Setakat ini, kumpulan ini telah merakamkan tiga buah album di bawah syarikat rakaman Clockwork Records.

Ahli Kumpulan :

Dari tahun 2006 hingga sekarang, kumpulan ini dianggotai:
Natazar - Vokal
Mono - Bass
Moon - Gitar
Irfan - Dram

Bekas ahli
Hamzah - Gitar (2004)
Alem - Gitar
Nazreen - Gitar

Sejarah

Ditubuhkan pada 31 Ogos 2004 oleh dua orang adik-beradik, Natazar dan Mono. Ahli kumpulan yang menyusul kemudian ialah Alem (pemain gitar utama), Hamzah (pemain gitar kedua) dan Irfan ( pemain dram). Membawakan muzik yang bercitarasakan retro. Antara lagu mereka yang popular adalah "Gadisku dalam koma" iaitu sebuah lagu dari album pertama mereka Soda Pop Rok 'N' Roll.

Album ketiga mereka telah dilancarkan pada tahun 2007 dengan judul Nada Melankolik Malaya. Album ini telah terjual lebih kurang 10 ribu salinan walaupun tanpa publisiti arus perdana. Tidak lama selepas album ini keluar, Alem dan Nazreen telah menarik diri daripada The Times atas sebab-sebab peribadi. Tempat mereka diambil alih oleh Moon yang dipilih melalui sesi uji bakat.

Pada tahun 2008, The Times telah melancarkan single pertama mereka dengan judul "Singapura Kuala Lumpur". Single ini telah berjaya menduduki tangga teratas AMP Channel V selama 20 minggu.

Album

Soda Pop Rock 'N' Roll - 2004
Extra Soda Pop Rock 'N' Roll - 2006
Nada Melankolik Malaya - 2007
Modern Minimalis Glamour - 2008

Single

"Singapura Kuala Lumpur" (2008) - Tangga teratas Carta AMP Channel V untuk seluruh Asia sejak Julai 2008 hingga Disember 2008

Pengaruh Bands The Times :

The Beatles
The Rolling stones
The Who
The Kinks
The Clash
The Jam
XTC
The Smiths
The Specials
Joy Division
New Order
Happy Mondays
Stone Roses
The La's
Primal Scream
Teenage Fanclub
Ride
Pulp
The Coral
The Charlatans UK
The London Suede
Oasis

Selasa, 24 Mac 2009

What You Give You Get Back

Hidup macam Rama-Rama pun best gak....

Itu tajuk lagu yang aku baru habis dengar tadi. Lagu nyanyian Scorpions, sebuah kumpulan rock dari Jerman. Ini sebahagian dari liriknya (terjemahannya dalam kurungan):

There’s so much love inside of you (Ada banyak cinta dalam dirimu)
That wants to be released (Yang mahu dilepaskan)
And all you gotta do is let it go (Apa yang kamu perlu buat ialah melepaskannya)
What you give you get back (Apa yang kamu berikan kamu akan dapat kembali)
So take my love just because it’s all I have (Jadi, ambillah cintaku kerana itu saja yang aku ada)Take my heart take my soul (Ambil hatiku ambil jiwaku)
I just never want it back (Aku tidak menginginkannya kembali)
Cause the love you give, is the love you’ll get
(Kerana cinta yang kamu beri, cinta yang kamu akan dapat kembali)

Aku setuju sesangat dengan Scorpions, salah satu dari kumpulan rock evergreen yang aku suka. Jangan salah faham. Aku hanya suka lagu-lagu yang layan dari mereka, kerana kadang-kadang kita kena layan gak lagu-lagu jiwang camnier..hahaha (jiwa aku tetap indie). Banyak lirik lagu Scorpions yang berkaitan dengan kemanusiaan. Dalam kehidupan, kita akan menerima apa yang kita telah berikan. Sama seperti semua benda yang ada di pasar, kita akan terima sebanyak mana yang kita bayar. Cuma di dalam kehidupan, kita akan menerima lebih dari yang kita berikan. Kita berikan cinta, kita terima cinta dan kasih sayang. Kalo kita berikan kebencian, kita akan terima kebencian dan kutukan. Berilah kemaafan dalam saat kemarahan, kasih sayang dalam saat kebencian dan kemuncaknya; muhasabah diri ketika dilanda rasa marah, kekecewaan atau kesedihan.

Aku tidak nafikan; cakap senang, buat susah. Tapi cuba renungkan, apa yang kita akan dapat jika berbuat sebaliknya? Simpati? Kita dilihat berada di pihak benar? Adakah penting sangat apa yang orang kata? Biasanya orang akan berkata baik di hadapan kita, di belakang siapa tahu. Justeru, tiada bezanya apa yang orang lain kata atau fikir. Yang penting, adakah jiwa kita tenang, adakah kita bahagia?

“Berikan yang terbaik kepada dunia, dan dunia akan memberi yang terbaik kepada kita.”

Jika kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, orang lain akan berbuat yang sama untuk kita plak. Jika kita berlemah lembut dengan orang, orang pun akan berlemah lembut dengan kita. Jika kita hormati orang lain, orang pun akan hormati kita. Secara ringkasnya, orang akan layan kita sama seperti kita layan mereka.

Jika kita menjalani kehidupan dengan indah, kita akan dapati kehidupan penuh dengan keindahan. Tetapi jika kewujudan kita penuh dengan duri, kita akan dapati kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri. Kehidupan kita adalah pemberian Allah untuk kita; apa yang kita buat dengannya adalah pemberian kita kepada Allah SWT.....Wallahualam.....Adios

Sabtu, 21 Mac 2009

Mengapa Aku Yang Terkena - Tribute To Demam Chiku*****

Jahanam punya nyamuk, kalo ko tetinggal IC kat kesan gigitan tuer mmg aku cari ko.....

Nasib aku la, nak uat camner.....Ingat ker demam biasa jer...sekali ada simptom-simptom Chikugunya plak...leceh betui.....as a result, aku dapat MC khamis dan jumaat...so dapat la aku merehatkan diri kat kampung sambil merawat demam chiku nier - aku guna rawatan tradisional (air kelapa+air jampi) + rawatan klinik panel (klinik Ghazali+Klinik Sulaiman)..hehehe...kat sini aku kongsi sikit citer pasal demam chikugunya nier.....jom belajar sama-sama ngan aku.....

Chikungunya adalah penyakit demam yang tinggi dan sakit sendi yang teramat sangat. Ia disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk yang juga pembawa virus denggi. Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun 1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika. Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.

Gejala dan tanda-tanda Demam ChikungunyaGejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya lebih menyerupai Demam Denggi. Seseorang yang mengidap Demam Chikungunya biasanya mengalami :·

  • Demam yang tinggi secara tiba-tiba (aku dah kena)
  • Sakit sendi yang teramat sangat (sangat sakit sehingga terpaksa berjalan membongkok) (xder-antibodi aku kuat)
  • Sakit otot (ader sikit2)
  • Sakit kepala (Ader - petang rabu)
  • Meloya (x lalu makan - hari khamis rekod dalam idup aku- makan roti kaya shj)
  • Keletihan (ader)
  • Bintik-bintik merah (rashes) (memang ader)

Demam berlarutan selama 5 hari dan boleh sembuh dengan sendirinya. Sakit sendi biasanya sembuh dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya tetapi ada yang kekal sakit sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. Amat jarang menyebabkan kematian.RawatanTiada rawatan khusus untuk demam Chikungunya. Tiada vaksin untuk mencegah penyakit ini. Rawatan lebih fokus kepada menghilangkan sakit (ubat tahan sakit) dan demam (ubat demam).

"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"

"Sihat itu Nikmat" - Nasib baik aku kena x teruk, TQ para Tok Bomoh + Doctor-doctor yg merawat...hehehe

Rabu, 18 Mac 2009

Kurang Sihat.....

Kalo aku jadi macam Naruto kan best...hahaha

Apa la nak jadi pada aku 2 @ 3 hari nier...badan rasa kurang sihat jer.....demam...sakit tekak...batuk..selsema...Kalau ikutkan hari isnin baru nier aku dah dapat MC, tapi aku gagahkan diri untuk terus menjalankan tanggungjawab aku sebagai staf UiTM...Alah bisa tegal biasa...aku x suka manjakan diri aku....bagi aku, aku meletakkan keje lebih dari segala-galanya....Kalau korang nak tau...semalam aku balik pukul 6.45 petang (rekod hari paling lambat aku balik keje - selain minggu peperiksaan la...hehehe) Tuer pun pasal banyak sangat keje. Baru jer nak tarik nafas, dah bertimbun balik keje-keje...sumer ada dateline....x ke naya? hahaha.

Walaumacammanapun...ini pilihan aku, pilihan hidup yang aku tentukan.....tapi bila bekerja dalam seronok nier...semua benda yang aku buat memang x terasa..hahaha.....bukan aku nak menyeksa badan aku sendiri...tapi rasa tanggungjawab terhadap tugas dan staf menyebabkan aku sanggup berkorban apa sahaja....bukan untuk diri aku saja...orang lain, bangsa, agama dan negara......Sampai bila kita nak harap orang jer? tepuk dada tanya selera.....adios......

Selasa, 17 Mac 2009

Manusia Berguna.....

Hidup nier macam kapal.......salah pilih jalan, hanyut di lambung ombak...

"assalamualaikum.....cikgu apa khabar?...pertama sekali saya ingin ucap terima kasih coz sudi tolong saya....jasa cikgu x kan sy lupakan sampai bila2...saya x thu cm ne nak bls jasa cikgu...hanya mampu ucap terima kasih atas segalanya.....time kasih cikgu..... " - are-pis (friendster)

Kenapa nak ucapkan terima kasih pada aku? itulah persoalan yang sering aku ajukan pada diri aku setiap kali orang mengucapkan terima kasih...Aku rasa sebagai khalifah di muka bumi dan manusia yang bertanggungjawab, memang tugas aku untuk melakukan kebaikan di dunia ini. Persepsi orang lain terhadap aku memang aku x bleh nak predict...SEBAB? ucapan ini tidak boleh aku tentukan biler diucapkan oleh manusia pada aku....tapi bila ucapan macam nier, kadang-kadang aku tertanya-tanya? Adakah aku dah cukup perfect? Adakah aku terlalu baik buat manusia yang lain sampai nak beri penghargaan macam nier?

Bagi aku, aku hanya menjalankan amanah yang telah ditugaskan oleh Allah SWT kepada aku, kerna aku percaya manusia hidup bukan untuk mendapatkan reward? CUKUP...CUKUP di dalam membantu manusia lain mendapat nikmat di dunia ini...takkan kita sanggup nak tengok orang lain merana kerna kita? xkan kita sanggup melihat manusia lain mati kerna kita?

Cuma satu jer pesan aku pada kawan-kawan, ex-anak murid.....apa yang kita lakukan kat dunia nier...JANGAN LUPA SIAPA KITA DAN SAYANGILAH ORANG TUA KITA......kerana dengan benda-benda inilah yang akan mendekatkan kita dengan ALLAH SWT.....Wallahualam...adios