Ahad, 15 Mac 2009

Selangkah Ke Uitm

Salam....

Alhamdullilah...hari nier berakhirnya ekspo Selangkah Ke UiTM...kali ini nampaknya mencatatkan jumlah pengunjung yang ramai berbanding tahun-tahun sebelum (maklumat staf2 aku)...aku sendiri terlibat dalam proses memberi khidmat nasihat kepada mereka dan menyarankan program yang sesuai dengan kelulusan mereka. Kebanyakkan mereka datang bersama keluarga dan pemilihan program adalah hasil perbincangan mereka bersama keluarga.

Semalam aku rasa sangat letih...hehehe...tekak pun dah rasa sakit sangat..tapi hari nier aku menggagahkan diri untuk menghadirkan diri ke ekspo ini. Tapi semalam yang uat sakit hati adalah...Man Utd kalah teruk ngan Liverpool....4 - 1......tension2........tapi aku percaya, kalo hero memang kalah teruk dulu, nanti menang besar la plak....(kalah pun sebab Vidic kena kad merah...terus moral down geng2 Man Utd).....jangan Iftikhar cari aku dalam minggu nier dah la....mesti kena kutuk...hahahaha.....

Walau apapun, aku tetap penyokong kuat Man Utd....x kira kalah atau menang....adios

Khamis, 12 Mac 2009

Terharu.....

Kak Jai ditenangkan oleh Kak Lim......

Juadah yang disediakan oleh staf-staf HEA

Ekin (bdk praktikal-free hair) pun join sekali.....

Makan, jgn x makan..hehehe

La...kenapa plak la ngan Kak Jai, menangis plak time orang tengah2 mkn nier, ada problem apa la.....hehehe...itu la yang aku pikir pagi2 lagi masa tengah makan kat pantri pagi tadi ngan Kak Ita n Kak Eton. Rupanya hari nier Besday Kak Jai yang ke-44. Bersyukur sangat dia kata....hahaha. Aku pun dengan segera mengambil inisiatif yang x diduga dengan mengajak staf-staf aku uat sambutan besday. Sambutan kitaorang kul 2 petang tadi agak ringkas iaitu dengan keropok goreng, karipap, pelam dan kek kecik. Air plak Teh O. Buat permulaan bagi tahun nier aku rasa dah cukup....cukup sebagai menghargai pengorbanan staf....Dan aku sendiri dah decide, setiap besday staf aku....aku akan sambut (inisiatif awal aku dah suh Kak Eton senaraikan hari lahir setiap staf...kut2 lupa masa hari besday diaorang....hahaha)...ramai oooonak ingat hari besday sorang2....30 orang tuer....

Berbalik citer petang tadi, permulaan majlis dimulakan dengan nyanyian hari jadi....rasanya aku yang paling bersemangat kut...hehehe...pastu makan time....boleh la...janji masyuk....tapi yang buat aku terharu, Kak Jai x dapat kawal emosi...berpeluk sakan la ngan Kak Lim n Kak Ida....biasa la...pompuan...hehehe....kul 3.30 aku dah kena attend meeting...terpaksa la tinggalkan diaorang...hmmmm...besday aku nanti sapa la yang akan ingat nanti yer?? Hopefully ada la insan yang sudi sambut besday aku tahun nier...hahaha...adios....

Rabu, 11 Mac 2009

Tak Terlintas.....

Kelakor betui...geng2 kreatif nier...mesti boring tahap gaban jurus ke-16 nier...hehehe. Kalo korang nak jadi giler-giler macam diaorang nier, pikir la anak bini kat umah. Nama penama dirahsiakan...takut korang sebut2 nama diaorang mati tercekik plak nanti...walau apapun...layan......hahahaha,....aku x abis gelak lagi nier......huahuahuahua...kui..kui...kui....

Sambutan Maulidur Rasul, UiTM Johor


Alhamdulillah.....Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat UiTM Johor telah dapat dilangsungkan dengan jayanya hasil anjuran MPP, PERMAS dan JPK malam tadi. Sambutan dan penglibatan oleh pelajar terhadap program ini amatlah menggalakkan. Antara aktivit yang dijalankan adalah Marhaban, Berzanji dan Ceramah "Rasulullah SAW sebagai model unggul umat islam". Kami sebagai PPP merasa sangat bertuah kerana dapat bersama-sama di dalam menjayakan program ini...Semoga UiTM Johor terus dirahmati oleh ALLAH SWT....Amin...

Lepar........

Kat Balkoni nier la bdk2 aspura selalu lepak.....

SMKLU yang mendamaikan....

Salam...

Aku x pernah pun letak gambar asrama sekolah Lepar kat blog nier..hahaha, nasib baik cuti baru2 nier aku ada datang Lepar, tu pun sebab nak jumpa Azrul (kaunselor). Dapat gak la aku amik beberapa gambar untuk diletakkan dalam blog nier. Kat sini la dulu aku merasa jadi warden (walaupun x lama). X pernah ada adik, tapi bila jadi warden nier rasa ramai jer adik aku (ada yang degil, ada yang manja n macam2 perangai lagi la..hahaha). Dulu masa kat sini, bila boring jer aku ajak bdk2 aspura main bola kat padang..kadang2 kita uat friendly lawan geng2 belia Lepar....lawan cikgu sek rendah dan perkara2 macam nier la yang menyebabkan ikatan sillaturrahim tuer terjalin ngan lebih erat.

Bila kat sekolah luar bandar macam nier, aku rasa seronok jer walaupun rasa boring yang teramat sangat (maklum la susah nak ke mana2....) dan bdk2 nier la penghibur kita, bila sembang2 ngan diaorang nier, banyak gak la benda2 yang kita x tau, boleh kita tau....Sampai sekarang nier pun budak2 masih gelar cikgu (betul la orang ckp, gelaran cikgu nier akan kekal selama-lamanya). masa aku datang hari isnin baru nier, geng2 otai awal2 dah kuar kepala kat balkoni depan bilik dari tingkat 1 n 2....terkejut kut tengok aku datang..hahaha...macam2 soalan yang ditanya (macam biasa la ahli mesyuarat balkoni....hahaha). Ingat nak jalan2 gak ke atas, tapi dah nak malam sangat dah x jadi la aku nak ronda2 jumpa diaorang...maybe nextime la kut.....

Kul 6.30 petang, aku dah gerak balik Tekam (takut gak lalu tengah2 hutan, dah la bwk budak...hahaha). Walauapapun....Lepar memang banyak memberi kenangan pada aku..ada manis ada pahit...jadi cikgu nier memang seronok....tambah2 biler ada orang yang jadi berilmu kerana kiter...ilmu di dunia dan akhirat..Wallahualam....adios...

Jumaat, 6 Mac 2009

Lagu Untuk Orang Melayu - Warisan


Salam....

Rupa-rupanyer ramai yang x tau nak nyanyi lagu nier...hehehe. Perkara nier dah terbukti masa aku jaga check point ari tuer...hahaha...bila budak x pandai nyanyi...kitaorang pun apa lagi...suh tabik spring la...hehehe...Untuk korang, sila la praktis lagu nier...aku pun skang tengah semangat hafal lagu nier..hahaha....jom hafal...

Hidup UiTM!

Anak Kecil Main Api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek Moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ketangan yang lain

Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayukan Gagah dinusantara 3x

Download MP3 lagu nier

Versi Asal

Versi Baru

A.C.A.B

Eastern Oi.......

Salam....

Dah lama aku x review pasal group-group Indie ni. Ok, kat sini aku nak citer pasal group yang aku amat minat masa zaman sekolah dulu, iaitu ACAB (All Coppers Are Bastard).

Peneraju utama band ini adalah Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan band ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini.

Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo yang bertajukkan nama band itu sendiri yang mana memuatkan tujuh buah lagu seperti Unfairground, City Girl, A.C.A.B., Fight For Your Right dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Seperti yang diduga dari awal, demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Kejayaan itu sudah pasti tidak disia-siakan. Tibalah masa band ini untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah gig pertama mereka.

Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah crowd yang diimport khas dari Kuala Lumpur. Persinggahan band ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!", mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Gig demi gig dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi.

Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong sehingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, scene ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara band yang berjaya mengikut jejak A.C.A.B. ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi.

Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP yang pertama mereka yang berjudul UNITE & FIGHT. Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, Ep ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul.

UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti 'gigging' diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti band itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda.

Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP Eastern Oi! dan single We Are The Skins. Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ianya terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat.

Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu RINTANGAN HIDUP DUNIA yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSTY BLADE.

Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ianya menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit.

Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band SKAnya iaitu, GERHANA SKA CINTA. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi!

Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat.

Dan yang paling terbaru, album Now and Again....album ni hanya ada satu @ dua jer lagu inggeris dan selebihnya adalah bahasa melayu...walau camner pun album ni pun best gak.....Nak Download lagu dari album ni tak? Klik tajuk lagu kat bawah ni.....adios...

Download MP3

Bermimpi di siang hari

Bertemu

Now and Again

Setelah

Rabu, 4 Mac 2009

Halusnya Rasulullah SAW Dalam Berdakwah

Perjuangan Islam itu sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat Islam huru hara di dunia ini. Berani dah ada, usaha gigih, mana ada umat Islam tak berjuang? semua gigih berjuang, ramai pula, tapi mana ada kejayaan? makin hina sebab berjuang tak ada seni. Sikit-sikit nak tembak orang, nak mengata orang, itu bukan seni.

Islam itu halus, dia punya seni. Siapa boleh buat yg seni-seni itu yang boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang senang, tengok sahaja dah jatuh hati. Itulah watak benda yang seni. Kalau kita berjuang tak seni, macam kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tak larat, fikiran perasaan serabut pasal tak seni. Berjuang yang tak seni pukul pahat sana sini, akhirnya sakit jiwa.Islam itu seni. Tengok bagaimana seninya Rasulullah SAW,

Contoh ke 1 :

Satu hari baginda bawa Sayidina Umar. Rasulullah tahu Umar ni siapa. Umar ni berani, jiwa kuat, sebelum masuk Islam dah pernah bunuh orang.Satu hari Baginda ajak Umar pergi tengah padang pasir, ikut jelah tak payah tanya, Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ ada bangkai unta, kuda, kambing, kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun ada.Rasulullah kata, “hai Umar apa kau lihat di sini, ini tempat busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada. Dulu mana ada undang bunuh, tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.Bila Sayidina Umar lihat ada bangkai binatang dan manusia di situ, dia berkata pada Rasulullah, “ini bangkai wahai Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.Rasulullah jawab, “inilah hakikat dunia, orang buru dunia senasib dengan yang kena buru”.Ini seni. Mana ada tok guru yang ajar begini, kalau di masjid tok guru sekadar bersyarah , mana ada tok guru bawa murid lihat bangkai dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?

Contoh ke 2 :

Berlaku juga di zaman Rasululah, orang-orang badwi yang baru peluk Islam, orang badwi ni tak faham adab, tak bertamaddun, walaupun dia masuk Islam tapi banyak lagi yg dia tak faham. Satu hari dia berada di masjid, dia kencing dalam masjid. Rasulullah ada sahabat-sahabat pun ada. Walaupun badwi itu juga seorang sahabat tapi dia baru dididik.Sahabat-sahabat yang lain apabila melihat keadaan itu naik berang juga, sedangkan wahyu belum sempurna, sahabat ikut apa yg turun waktu itu. Banyak yang mereka tidak tahu lagi, sebab itu ada sahabat yang marah, sahabat nak bertindak. Tapi Rasulullah kata, “TAK APA, biarkan“. Kemudian Rasulullah yang cuci najis, buang, basuh, semua.Itukan seni. Rasul tak marah, jadi sahabat-sahabat lain yang menyaksikan perbuatan Rasulullah itu terpukullah. Rasulullah bukan sahaja tidak marah malah tolong basuhkan pula.Macamana tak berjaya Rasulullah didik orang? Jadi sahabat-sahabat lain pun terpukul sama dan yang terkencing itu pun turut insaf. Rasulullah tak marah, dia basuh. Jadi kedua-duanya terdidik. Sahabat menjadi tahu teknik berdakwah, yang terkencing itu insaf.Sebenarnya Islam itu seni, kalau tak seni orang takkan boleh ikut.

Contoh ke 3 :

Satu hari Rasulullah bawa duit 2 dirham, baginda ke pasar. Di tengah jalan jumpa budak sedang menangis, rupanya dia adalah hamba pada seorang perempuan. Bila lihat budak itu menangis Rasulullah tanya mengapa.Budak itu jawab, “saya dibekalkan oleh tuan saya duit 2 dirham nak beli sesuatu, tapi duit itu dah hilang, itu yg saya takut. Biasanya kalau saya salah kena pukullah”.Bila mendengarnya Rasulullah pun terus bagi duit pada budak itu. Setelah selesai membeli belah budak itupun balik, di tepi jalan Rasulullah jumpa lagi budak itu menangis lagi. Lalu Rasullah bertanya, “mengapa menangis? kan saya dah bagi duit?”Budak itu menjawab, “tadi saya menangis karena hilang duit, yang menangis kali ini karena saya terlewat nak balik, biasanya kena marahlah”. Lalu Rasullah berkata, “kalau begitu tak apalah, saya hantar”. Lalu Rasulullah pun hantarlah. Bila tuan dia tengok Rasulullah, dia pun malulah nak marah.Kan seni tu? siapa boleh buat macam tu? Kita tengok budak tengah jalan compang camping tak pedulilah, menangis ke tak awak punya pasallah termasuk ulama. Itulah dakwah seni.

Contoh ke 4 :

Satu Hari Raya, Rasulullah nak ke masjid, dia lihat di tepi jalan ada budak-budak bermain-main dan ada sorang yang tak main tapi dia menangis, Rasulullah pun terus pergi kepada budak itu.Rasulullah sangat sensitif perasaannya, nampak pelik sikit dia terus tanya, “mengapa awak menangis ni, orang lain sedang suka-suka main-main”. Dia pun cerita, “saya sedih ayah dah mati mak saya kahwin lain, ayah tiri biarkan saya, hari ini hari raya saya tak dapat pakaian macam kawan-kawan lain”.Apa kata Rasulullah? Rasulullah kata, “kau nak tak aku jadi ayah kau, dan Aisyah jadi mak kau?”. Budak itu setuju. Lalu Rasulullah terus bawa balik ke rumah dan bagi pakaian baru padanya.

Bagaimana cara berdakwah yang di redhai ALLAH SWT??

Selangkah ke UiTM.....

Salam....

Petang semalam kul 3 petang aku dah bertolak ke Shah Alam bersama Kak Zura, Kak Mimi n Encik Sulaiman. Tujuan kami ke Shah Alam adalah kerana menghadiri bengkel "Ekspo Selangkah ke UiTM" di Intekma Resort start kul 8.30 pagi sampai la kul 5.30 petang nier. Hari nier kami berbengkel bagaimana nak menarik kehadiran orang ramai untuk menghadiri ekspo dan menerangkan program yang sesuai dengan kelulusan mereka yang akan diadakan di setiap negeri pada 14 n 15 Mac 2009 nier. Kat UiTM Johor akan diadakan di Dataran Segamat (depan Jakel Trading). Tujuan ekspo ini sebenarnya adalah untuk mencapai target 200k pelajar UiTM pada 2010 nanti. Jadi pendedahan dengan kelebihan belajar di UiTM harus diwar-warkan pada orang ramai diluar sana.

Aku sendiri, yang merupakan pelajar UiTM dan kini bekerja di UiTM merasakan ini adalah Universiti yang terbaik untuk kita terutama kaum bumiputera nier. Selain medium pembelajaran yang menggunakan bahasa inggeris, pelan pengajian yang menepati selera industri juga merupakan kelebihan pelajar UiTM berbanding IPTA lain. Bukan aku mengangkat UiTM, tapi ini adalah kebenaran. Tak mustahil orang melayu macam kita nier boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Sapa xnak jadi orang pandai dan berilmu? Hanya orang yang sentiasa malas dan sukakan kerugian yang bencikan ilmu dalam hidup nier. Fikir-fikirkanlah.

Insya'allah, aku sendiri semester depan akan menyambung pengajian aku dalam Executive Master of Business Administration (EMBA) di UiTM Melaka....mudah-mudahan aku akan jadi manusia yang lebih berilmu pada masa depan dengan mengikuti program master nier.....Amin....

Isnin, 2 Mac 2009

Aku dan Eman Manan.....

Imam pun join beramah mesra ngan Eman (dier suka lakonan Eman dalam Keris Hitam bersepuh Emas)

Bunga diapit kumbang.......

Bergambar la ngan artis..hahaha

Sempena tayangan filem WAYANG di UiTM Johor, aku berpeluang jumpa Eman Manan dan beramah mesra bersama ngan dier. Eman Manan datang Sabtu lepas, budak2 kolej suka kan main dapat jumpa dier nier.......Tapi banyak soalan aku dier x jawab...dan aku x bleh nak ceritakan apa yang aku tanya pada dier, nanti wartawan baca blog aku naya jer....hahahaha......Walauapapun, terima kasih Abg Eman Manan kerana sudi datang kat UiTM Johor nier....


MITEK UiTM JOHOR 2009

Aku ngan Basha....(perangai giler2 mamat nier)

Bersama Iftikhar-London mari.....(fanatik Arsenal...selalu kutuk MU x bagus...kureng asyem betui...)

Kitaorang ngan perangai giler2....

Aku x sedar langsung Haji Ros uat tanduk...hahaha

Alhamdullilah...

Minggu Terbuka Kolej yang berlangsung dari 26 Feb - 1 Mac 2009 telah berakhir malam tadi. Program yang berlangsung boleh dikatakan agak berjaya. Terima kasih diucapkan kepada semua JPK Sektor A n B yang telah bertungkus lumus memerah keringat untuk memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Kitaorang sebagai PPP nier memang kena involve betul2 la..hehehe. (semua x boleh bercuti). Aku sendiri kena menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah untuk peserta Pertandingan Forum. Yang menariknya pasal program nier, kami mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara PPP n pelajar, juga orang2 luar.....as conclusion...aku merasa sangat bertuah dapat mengenali rakan-rakan PPP kat sini......kitaorang memang satu kepala n mempunyai tujuan yang satu....iaitu untuk membangunkan student UiTM Johor.....biar menjadi seorang yang berilmu dan berjaya dalam kehidupan mereka....we, PPP UiTM Johor are the best......