Jumaat, 20 Februari 2009
Penatnyer.....
Karangan Terbaik UPSR 2007 (Jahanam mentaliti budak nier)
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Khamis, 19 Februari 2009
Budak - Budak........
Rempit sampai cecah kepala..hehehe Salam.....
Teringat plak zaman budak-budak dulu....sejak dulu aku memang jenis suka berkawan, antara kegiatan yang aku lakukan dulu-dulu adalah seperti main bola sepak, main pondok2 (main kawen2 pun ader gak) dan merayap belakang umah orang...hehehe. Aku ngan kawan-kawan juga selalu main guli, galah panjang, polis sentri n randes (lebih kurang mcm baseball la...pakai bola tennis)...kawan aku masa kecil lebih kepada jiran-jiran selorong seperti isdihar, mamat, pi, helmi, ojie, hairi n banyak lagi la. Tapi idup aku masa kecik2 dulu memang x bebas sangat...kalo nak tau la..aku kecik2 dulu memang x mandi sungai...kalo mandi jawabnyer getah paip la berbekas kat belakang aku...hahaha....sebab tu la sampai sekarang aku x pandai berenang. Menyelam tu boleh la..nak kuak kupu2 ker...gaya bebas ker...kim salam jer la....hehehe. Tu kadang-kadang jeles gak ngan kawan-kawan yang lain....tapi aku yakin mak ayah aku buat uat macam tuer pasal diaorang sayang kat aku....anak ke-4 daripada 4 orang la katakan (kata lain bagi perkataan bongsu..hehehe)
Aku stat belajar naik motor masa aku darjah 4 (belajar naik motor YB100 ayah aku nyer). 1st time belajar adalah di dalam ladang sawit...banyak kali jatuh gak la..hehehe. Nasib baik semangat aku kuat....Lepas tuer aku dah berani naik moto abg aku RXS dan RXZ...stat tuer la aku berjaya menjadi mat rempit...tapi aku x pernah la race2 nier...make over moto ada la....lepas tuer rewang2 pusing FELDA ngan kawan-kawan aku....hehehe. Jumpa member lain jer, terus nganjing bior terbakor..hahaha. Bila dah masuk sekolah menengah rasa dah dewasa cikit (aktiviti merayap belakang umah orang nier dah kurang cikit...hehehe) dah matured la katakan...Cuma aktiviti rewang petang2 dah menjadi perkara wajib bagi anak FELDA macam aku nier...
Dan sebenarnya kenangan-kenangan camnier la yang mendewasakan kita....salah jalan memang merana...nak enjoy x salah, tapi biarlah berpada-pada dan ingat la...Kita nier KHALIFAH di bumi ALLAH SWT......Kalo aku ingat lagi kenangan dulu2 aku citer lagi la...adios...hehehe
Rabu, 18 Februari 2009
Balik Lewat......
Salam.........
Aku x tau la ngape la dalam 2 minggu nier aku suka balik lewat ke umah....average aku balik umah adalah kul 6 lebih...kadang-kadang terus gi masjid....kadang-kadang tu bukannya sengaja, setelkan n review keje sikit2...kalo office hours ader jer surat nak kena sign la, budak2 datang jumpa la, meeting la.....hehehe.....Malam plak dah rase letih, nak kuar pun malas (skang Hj Ros dah start komplen, asyik makan awal jer skang nier...hehehe) nak uat camner, kalo kuar lewat malam, nnt sok pagi dah ngantuk plak. Lagipun makan awal nier banyak gak faedahnya. Jap tadi lepas maghrib terus makan depan kolej mutiara. Lepas Isyak plak, Ustaz Azrul jamu makan pulut bini dier masak...bedal jer la..hehehe. Kalo ikutkan memang aku x pernah makan pulut ngan nyiok n ikan kering nier...tapi biler makan ngan kawan2 nier raser sedap plak...ini la nikmat rezeki yang ALLAH SWT bagi.....makan ramai2 nier memang memuaskan....aktiviti malam macam biasa la menonton tv n surf internet (wireless la katakan...hehehe)...
Ada gak keje2 opis bawak balik....tapi biler tengok dokumen yang bertimbun nier..malas la plak....hahaha...uat proposal mintak budget la.....kualiti la....laporan GT la......alahai...letihnyer la....sok malam dah nak kene pegi shah alam.....jumaat ada meeting GT sampai la petang.....sabtu ada modul 2 ngan bdk2 ijazah plak...as conclusion, keje aku memang x pernah abis......nak uat camner.......xder orang bole idup kalo goyang kaki jer...caye la cakap aku.....hehehe
Selagi bernafas.....
Penghargaan merupakan satu nikmat dari ALLAH SWT...Pendek kata, sebelum tutup mata...keje...keje...keje...Camtu la biler dah keje nier. Dan aku percaya setiap keje yang kita buat tuer mesti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku sendiri yang telah berpengalaman keje kat bermacam-macam bidang nier, x kira la gomen atau swasta...aku rasa keje gomen la yang paling secure...secure dari segi kebajikan n in term of time allocation. Aku masih ingat, masa keje ngan UMW Toyota dulu...setiap jam bekerja tu terasa sangat la berat....kadang-kadang sampai aku merasa letih yang teramat sangat (antara simptom yang berlaku adalah selalu terlupa "kadang-kadang baju pun berbutang panjang sebelah..hahaha", tido awal dan xder mood nak makan kat luar ngan member2...hahaha).
Dulu masa tanam anggur sementara nak tunggu konvo diploma merasa gak la keje uat platform buah sawit...nak uat camner, orang susah la katakan...nasib baik la aku x merokok....xkan nak harap duit mak bapak jer...hehehe...tu pun x lamer, dalam sebulan jer...aku sendiri lebih suka berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan ehsan orang lain. Masa belajar kat UiTM Terengganu ngan Perlis ari tuer pun aku bekerja gak...berniaga...hehehe. Kat Terengganu aku lebih dikenali sebagai penjual nasi lemak dan karipap panas...hehehe..sebut saja nama Bob, semua orang kenal (sapa belajar kat sana tahun 2000-2003 mesti kenal aku). Selain itu, aku juga menjual baju2 uitm, jurujual makanan ringan di bilik dan macam-macam lagi la. Kalo korang nak tau, dengan duit tuer la aku mampu beli Nokia 3210....kira tuer la HP yang paling canggih ketika tuer selain Sagem dan Alcatel..hehehe. Kat Perlis perkhidmatan aku lebih kepada servis komputer dan menjual perkakasan komputer. Ada gak la amik ngajo tuisyen kat umah sewa...tu pun x lamer (ngajo anak kakak siam yg bukak kedai makan depan umah aku...hehehe).
Sejarah keje aku ngan Gomen plak, firstly adalah sebagai cikgu ganti org bersalin kat Sek Ren Gelanggi 2 lepas abis diploma, pastu Pensyarah English kat ILP Kuala Langat (tu pun kontrak) bulan 7 - 12, 2 tahun lepas. Awal 2008 aku secara rasmi menjadi cikgu sek men plak (kontrak gak)...hehehe (kalo tengok la aku nyer latar belakang nier memang sesuai ngajo budak...x tau la) Lama gak aku kat Lepar...kira-kira 7 bulan gak la...hinggakan aku rasa dah sebati duk kat sana....dan start dari 1 Ogos 2008 aku secara rasmi menjadi Penolong Pendaftar N41 @ Assistant Registrar (kata omputeh)...hehehe. Keje nier kalo kat kementerian lain namanya Penolong Pengarah @ Pegawai Tadbir. Kat IPTA jer nama dier camnier. Kira bos bahagian la....Maybe Allah SWT makbulkan cita-cita aku masa kecil dulu..pernah cikgu Fauziah (Sek Ren Sg Tekam Utara) tanya apa cita2 aku...aku pun cakap, aku nak jadi bos...hehehe...sumer bdk2 gelak kan aku....nah sekarang dah terbukti.....betul x?
Keje nier memang agak mencabar, jenis kena pikir pakai otak...tangan x gerak pun...pastu bagi arahan pada EO (pegawai eksekutif)....EO plak yang bg direction pada kerani...(tapi EO bwh aku satu tempat kosong ntah biler la dapat gantinyer...sorang lagi plak, tengah sarat mengandung....bln 3 nier bakal bercuti panjang ler...so nak x nak, kena la aku handle.....pikir ngan delegate tugas pada kerani.....alahai...berat jer aku rasa....satu keje dah abis, datang plak keje yang baru...baru nak bernafas...dah kena gi meeting sana dan sinun.....Tu la pasal aku letak tajuk entri selagi bernafas......maknanya selagi kita idup nier.....keje...keje....cari rezeki yang halal...in the future?.....Who knows.............Wallahualam....
Aku Takut.......
Firman Allah Ta’ala:“Karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kalian kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.(Ali ‘Imran 175).
Tanda-tanda takut kepada Allah:
1.Pada lisannya. Seseorang yang takut kepada Allah mempunyai kekhawatiran atau ketakutan sekiranya lisannya mengucapkan perkataan yang mendatangkan murka Allah. Sehingga dia menjaganya dari perkataan dusta, ghibah (bergosip) dan perkataan yang berlebih-lebihan dan tidak bermanfaat. Bahkan selalu berusaha agar lisannya senantiasa basah dan sibuk dengan berdzikir kepada Allah, dengan bacaan Al Qur’an, dan mudzakarah ilmu.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ertinya:“Barangsiapa yang dapat menjaga (menjamin) untukku mulut dan kemaluannya, aku akan memberi jaminan kepadanya syurga”.(HR. Al Bukhari).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:“Tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu (perkataan) yang tidak berguna”. (HR. At Tirmidzi).
Kemudian dalam riwayat lain disebutkan, ertinya:“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berbicara yang baik, atau (kalau tidak bisa) maka agar ia diam”.(HR. Al Bukhari dan Muslim).
Begitulah, sesungguhnya seseorang itu akan memetik hasil ucapan lisannya, maka hendaklah seorang mukmin itu takut dan benar-benar menjaga lisannya.
2.Pada perutnya. Orang mukmin yang baik tidak akan memasuk kan makanan ke dalam perutnya kecuali dari yang halal, dan memakannya hanya terbatas pada kebutuhannya saja.
Firman Allah Ta’ala:Artinya: “Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian lain diantara kamu dengan jalan yang batil”.(Al Baqarah: 188).
Ibnu Abbas menjelaskan, memakan dengan cara batil ini ada dua jalan yaitu;Pertama dengan cara zhalim seperti merampas, menipu, mencuri, dll.Kedua dengan jalan permainan seperti berjudi, taruhan dan lainnya.
Harta yang diperoleh dengan cara haram selamanya tidak akan menjadi baik/suci sekalipun diinfaqkan di jalan Allah.Sufyan Ats-Tsauri menjelaskan, :“Barangsiapa menginfaq kan harta haram (di jalan Allah) adalah seperti seseorang mencuci pakaiannya dengan air kencing, dan dosa itu tidak bisa dihapus kecuali dengan cara yang baik”.
Bahkan dijelaskan dalam riwayat yang shahih bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan, setiap jasad (daging) yang tumbuh dari harta haram maka neraka lebih pantas untuknya.
Jadi, itulah urgensi memperhatikan jalan mencari harta.Sudahkah kita takut kepada Allah dengan menjaga agar jangan sampai perut kita dimasuki harta yang diharamkan Allah ?
3. Pada tangannya. Orang mukmin yang takut kepada Allah akan menjaga tangannya agar jangan sampai dijulurkan kepada hal-hal yang diharamkan Allah seperti: (sengaja) menyentuh wanita yang bukan muhrim,berbuat zhalim, aniaya. Dan tidak bermain dengan alat-alat permainan syetan seperti alat perjudian.
Orang mukmin selalu menggunakan tangannya untuk melakukan ketaatan, seperti bershadaqah, menolong orang lain (dengan tangannya) karena dia takut di akhirat nanti tangannya akan berbicara di hadapan Allah tentang apa yang pernah dilakukan-nya, sedangkan anggota badannya yang lain menjadi saksi atasnya.
Sebagaimana firman Allah Ta’ala:Artinya: “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan”.(Yasin: 65).
Bahkan salah seorang ulama salaf berkata,”Sekiranya kulit saya ditempeli bara api yang panas,maka itu lebih aku sukai daripada saya harus menyentuh perempuan yang bukan muhrim”.
Itulah gambaran orang mukmin sejati yang takut kepada Allah di dalam menggunakan tangannya.Maka bagaimanakah dengan kita?
4. Pada penglihatannya. Penglihatan merupakan nikmat Allah Ta’ala yang amat besar, maka musuh Allah yaitu syetan tidak senang kalau nikmat ini digunakan sesuai kehendak-Nya. Orang yang takut kepada Allah selalu menjaga pandangannya dan merasa takut apabila memandang sesuatu yang diharamkan Allah, tidak memandang dunia dengan pandangan yang rakus namun me-mandangnya hanya untuk ibrah (pelajaran) semata.
Pandangan merupakan panah api yang dilepaskan oleh iblis dari busurnya, maka berbahagialah bagi siapa saja yang mampu menahannya.
Allah berfirman:“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,”Hendaklah mereka menahan pandangan-nya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.(An Nur: 30).
Jika kita teliti banyaknya kemaksiatan dan kemungkaran yang merajalela, seperti; perzinaan dan pemerkosaan, salah satu penyebabnya adalah ketidak mampuan seseorang menahan pandangannya. Sebab, sekali seseorang memandang, lebih dari sepuluh kali hati membayangkan. Maka, sudahkah kita menjadi orang yang takut kepada Allah dengan menahan pandangan kepada sesuatu yang diharamkanNya?
5.Pada pendengarannya. Ini perlu kita renungi bersama, sehingga seorang mukmin akan selalu menjaga pendengarannya untuk tidak mendengarkan sesuatu yang diharamkan Allah, seperti nyanyian yang mengundang birahi beserta irama musiknya, dll.
Firman Allah Ta’ala:Artinya: “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai tanggung jawabnya”. (Al Israa’: 36).
Dan seorang mukmin akan menggunakan pendengarannya untuk hal-hal yang bermanfaat.
6. Pada kakinya. Seseorang yang takut kepada Allah akan melangkahkan kakinya ke arah ketaatan, seperti mendatangi shalat jama’ah, majlis ta’lim dan majlis dzikir. Dan takut untuk melangkahkan kakinya ke tempat-tempat maksiat serta menyesal bila terlanjur melakukannya karena ingat bahwa di hari kiamat kelak kaki akan berbicara di hadapan Allah, ke mana saja kaki melangkah, sedang bumi yang dipijaknya akan menjadi saksi.
Firman Allah Ta’ala:Artinya: “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan”. (Yaasin: 12).
Asbabun nuzul ayat ini adalah : bahwa seorang dari Bani Salamah yang tinggal di pinggir Madinah (jauh dari masjid) merencanakan untuk pindah ke dekat masjid, maka turunlah ayat ini yang kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan bahwa bekas langkah (telapak) menuju masjid dicatat oleh Allah sebagai amal shaleh.
Semua bekas langkah kaki akan dicatat oleh Allah ke mana dilangkahkan, dan tidak ada yang tertinggal karena bumi yang diinjaknya akan mengabarkan kepada Allah tentang apa, kapan, dan di mana seseorang melakukan suatu perbuatan. Jika baik maka baiklah balasannya, tetapi jika buruk maka buruk pula balasannya. Ini semua tidak lepas dari kaki yang dilangkahkan, maka ke manakah kaki kita banyak dilangkahkan ?
7. Pada hatinya. Seorang mukmin akan selalu menjaga hatinya dengan selalu berzikir dan istighfar supaya hatinya tetap bersih, dan menjaganya dari racun-racun hati.
Seorang mukmin akan takut jika dalam hatinya muncul sifat jahat seperti buruk sangka, permusuhan, kebencian, hasad dan lain sebagainya kepada mukmin yang lain. Karena itu semua telah dilarang Allah dan RasulNya dalam rangka menjaga kesucian hati. Hati adalah penentu, apabila ia baik maka akan baik seluruh anggota tubuh, tetapi apabila ia jelek maka akan jeleklah semuanya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda“Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia jelek maka jeleklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”.(HR. Riwayat Al Bukhari dan Muslim).
Maka pernahkah kita merasa takut bila hati kita menjadi gelap?Bahkan kita selalu merasa bahwa hati kita sama sekali tidak ada kejelekannya?Naudzubillah.
Dari ini semua sudahkah kita termasuk orang yang takut kepada Allah ?
Maraji’: Tazkiyatun Nafs, Ibnu Rajab Al Hambali dan Ibnu Qayyim.
Isnin, 16 Februari 2009
Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata
- Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .
- Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .
- Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .
- Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .
- Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .
- Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
- Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
- Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
- Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .
- Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
- Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
- Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
Orang yang terlalu pandai kadanag-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .
Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."
Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..
Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."
Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
Bersederhanalah... kerana ini adalah jawapan kepada segala-galanya...
Cara Mudah Nak Cover Malu...hehehe
1. Kalo tersepak batu:Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tuhingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal:
cepat-cepat naik beskalanda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga:
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang:
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas:
jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:
tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...
p/s: aku ingat lagi memang aku selalu terjatuh depan orang ramai nier..hehehe..yang paling terbaru masa sambutan hari guru SMKLU tahun lepas....malu siot...depan budak-budak lagi, rasa diri macam pak lawak plak.....hahaha
Khamis, 12 Februari 2009
Melayu berpecah? Apakah ini benar??

- Hiburan yang melalaikan (tak membina minda)
- Tiada biasiswa untuk semua kaum (Mak bapak rempit dulu ada biasiswa)
- Tiada model yang boleh diikuti (Mana taknya? Business semua Cina pegang, yang Melayu semua banyak jadi kaki rasuah. Yang berjaya sikit sangat dan duduk diam-diam)
PPP.......
Tepi aku Cik Da, Hj Ros dan Basha masa Karnival Gemilang kasih anjuran Sektor B ari tuer....Malam tadi aku menghadiri majlis tazkirah dan meeting PPP bersama TP HEP kat Kolej Intan, Sektor B. Majlis malam tadi dihadiri lebih 20 orang PPP yang terdiri daripada PPP Sektor A dan Sektor B. Majlis dimulakan oleh TP HEP (Ustaz Zailud) dengan kata-kata aluan, seterusnya tazkirah oleh Ustaz Kamaruddin dan tazkirahnya adalah berkaitan manusia yang baik dan manusia yang keji. Selepas itu, sesi meeting dan percambahan idea pun dilangsungkan. Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang family day kat PD, pastu pasal lawatan ke Singapore pada bln 3 nier dan seterusnya pasal nak pegi umrah bulan 5 @ 6 nanti..hehehe. Merasa gak aku nak pegi Mekah dalam masa terdekat nier...nak tunggu pegi Haji 17 tahun lagi...lama tuer...hahaha. So ada peluang camnier, pegi jer la....Memang azam aku nak pi sangat ke Mekah dan Madinah nier.....
Sesi tersebut berakhir kira-kira kul 11 malam dan selepas tuer kami menjamu selera. Best gak la mkn mihun soto dan kuih popia. Yang paling best ialah begedel yang diletakkan dalam soto tersebut. Aku macam biasa la, mihun x makan pun...hehehe....memang pantang kalo termakan mee @ mihun nier....tapi sup soto ngan popia memang banyak aku makan....hahaha
Rabu, 11 Februari 2009
Majlis meraikan barisan MPP yang baru dan yang lama....
Antara lauk-pauk yang menambahkan berat badan aku malam tadi..hahaha
Alhamdullilah...akhirnya barisan MPP bagi sesi 2009/2010 telah pun dilantik secara rasmi malam semalam......Barisan yang baru nier mempunyai ramai budak2 degree jadi rasanya pemikiran mereka dalam menerajui MPP UiTM Johor adalah lebih matured dan bertoleransi...Kerjalah kalian ngan penuh komited dalam persatuan nier...teringat plak zaman aku masa jadi Naib Presiden B-HUREC (BBA HRM Club)....hhmmmm....rindu plak kat kawan-kawan...kat mana kalian?....lamo den x dengo koba ekau.....hahaha