8 Bulan...fuh lama giler aku tak update blog nier...hehehe. Kat sini ada beberapa citer menarik bermula tahun lepas untuk di kongsi bersama rakan-rakan blogger sekalian. Kronologi seperti berikut:
- Seminggu sebelum raya tahun lepas, ketika dalam perjalanan balik kampung, aku terbabit dalam kemalangan di Bandar Seri Jempol. Kereta Wira aku tercabut rim dan Alhamdullilah, nasib aku baik still ok dan selamat. Tapi semenjak dah 2 kali eksiden nier aku dah jadi semakin berhati-hati. kalau mengantuk memang aku dah x berani nak drive dah. Aku juga akan memastikan aku dah tak tido lewat mlm kalo esoknya aku akan drive...hehehe
- Afif dah masuk darjah 1 tahun nier dan Adilla dah masuk sekolah tabika, hhmmm.dah besar dah diaorang rupernyer..hehehe
- Start Disember 2010, aku dah semakin sibuk dan hari minggu aku terisi dengan aktiviti belajar MBA part time...hehehe (hopefully, next year aku dah boleh menggenga segulung master) - nier namanya future planning...hehehe
- Aku juga dah semakin susah untuk balik ke kampung. Kalu ikutkan memang x sanggup rasanya bila rasa rindu terus membara..hehehe. Tapi aku dah berjanji pada diri aku, sepayah manapun, sesukar manapun, sebanyak manapun duit yang keluar, aku tekad, aku mesti ada Master b4 umur aku 30 tahun...hehehe (dah hampir tuer dah aku rupernyer)
- Housemate aku di Segamat, Epul juga dah berkahwin dengan Cikgu yang berasal dari Terengganu. Sejak perkahwinan tersebut, aku dah tengok byk perubahan yang dah berlaku padanya...dan bila hujung minggu, SR201 tidak berpenghuni..sorang ke melaka, sorang ke Batu Pahat...hehehe
- Lupa plak...aku juga dah tukar tenggiling lain, Accord dah selamat bertukar tangan dengan org Pasir Gudang dan aku kini dah beralih kepada Persona...no kereta baru aku WUG****..pandai2 la yer...hehehe. Setakat nier, ribu2 gak la abis utk audio system n enjin....utk rim sport, aku rancang hujung tahun nier kut..biar bunga tayar botak sikit..hehehe
- Tahun nier aku nak slow-slow sikit, tak mampu dah rasanya nak seaggressive sepeti tahun-tahun lepas..hehehe...komitmen dah banyak, peranan semakin banyak....huhuhu
- Tahun nier juga aku berjanji nak cuba sedaya upaya menjadi org yang baik dan rajin (mendalam maksudnya tuer..hehe)
- Tahun nier, tahun transformasi utk aku...transformasi yg bagaimana? banyak planning dalam pala otak aku nier, tp x leh beritahu.....nanti kantoi plak...hahaha