Selasa, 26 Januari 2010

Kursus Pemantapan Personaliti Abad ke - 21

Aku dan Staf aku yang sehati sejiwa.....
Salam

Hari jumaat - ahad yang lepas, aku dan staf UiTM Johor diwajibkan mengikuti Kursus Pemantapan Personaliti Abad ke-21. Kursus ini telah diadakan di UiTM Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Seramai hampir 80 orang mengikuti kursus ini. Antara pengisian program adalah seperti Ceramah berkaitan kerjaya, komunikasi berkesan, menangani stress, etika kerja, kembara, kuliah maghrib dan subuh dan lain-lain. Tentunya kursus ini dapat memupuk semangat kerjasama dan menambahkan pengetahuan kepada staf.

Alhamdullilah, objektif kursus telah tercapai dan semuanya pergi dan balik dengan selamat. Sekali aku bawak keter sendiri la...wakakakaka.....

Tiap-tiap minggu x berenti aktiviti...bila la aku nak balik kampung? Ya Allah, berikanlah aku ruang untuk menikmati masa hujung minggu ku......sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Segalanya.......................

Kerjasama

Sesuatu perkara akan menjadi mudah dan senang untuk dilakukan sekiranya ahli bersatu padu dan bertolak ansur antara satu sama lain. Keperihatinan antara manusia dengan rakan-rakan dan alam sekeliling sememangnya dapat membantu ke arah sesuatu yang positif. Ini dapat dilihat dalam diri setiap staf di pejabat HEA. Aku kadang kala tertanya, mudah ker kita nak bekerjasama nier? Tambahan pula x semua orang sekepala dengan kita. Pokok pangkalnya? setiap ahli kumpulan @ organisasi mestilah bertolak ansur.

Pernah aku lihat sesuatu organisasi yang diuruskan tanpa kerjasama. Hasilnya? memang hancus (tapi situasi nier selalunya di dalam drama jer...wakakaka). Macam isu PPP sekarang ini, setiap permasalahan mestilah diselesaikan dengan bijak dan mengurangkan kaedah menunding jari ke arah orang lain. Faktor "tanggungjawab" kadang-kadang berat untuk dipikul oleh semua orang kerana kebanyakkan mereka lebih suka mengambil kesempatan dan "menumpang" terhadap kemudahan yang disediakan.

Tepuk dada, tanyalah selera...... adios....

Isnin, 18 Januari 2010

Pengarah kampus bertukar lagi

Prof Madya Dr Sohaimi

Lawatan ke BHEA pada hari pertama melapor diri di UiTM Johor

Salam

Pengarah kampus UiTM Johor bertukar lagi, kali ini Dr Sohaimi telah dipanggil kembali ke Shah Alam untuk bertugas sebagai Pegawai Khas Akademik 1 kepada Datuk VC. Tempoh perkhidmatan beliau di UiTM Johor hanyalah 15 hari. Tetapi dalam tempoh tersebut, beliau banyak meluluskan kertas kerja aku berkaitan pembelian lori serbaguna, projek kaunter BHEA, Visualizer dan pelbagai pembelian yang lain. Majlis perpisahan yang diadakan pada jumaat lepas meninggalkan seribu pengertian kepada staf UiTM Johor. Bermula isnin ini, PM Yusri akan memangku jawatan pengarah UITM Johor. Ini bermakna tugas PM Yusri bertambah besar. Esok aku akan menggantikan beliau untuk mesyuarat pelunjuran- PM Yusri mahu memastikan hari pertama memangku beliau ada di UiTM Johor. Aku akan pastikan aku mampu membantu beliau sehinggalah pengarah yang baru akan dilantik bertugas di UiTM Johor. Buat PM Yusri, selamat bertugas dan semoga maju jaya......

Selasa, 12 Januari 2010

Kata Nama Khusus Allah Yang Di’am’kan

Takkan kita nak lihat saja?

“Sesungguhnya keberuntungan bagi orang yang menjauhi fitnah” – Rasulullah menyebutnya tiga kali [Hadis Riwayat : Abu Daud]

Sesetengah orang mengatakan isu kalimah Allah ini perlu dibantah kerana isu ini adalah isu akidah, bukan isu nama. Sebahagian yang lain membantah mengatakan ia tidak perlu difikirkan, kerana banyak isu lain yang lebih besar sepatutnya dipandang lagi..

Persoalannya di sini, ‘umat’ katolik meminta dengan hormat, persetujuan mahkamah untuk mendapatkan nama Allah. Ini bukan main letak nama Allah menggantikan nama ‘god’ di makalah mereka. Yang terjadinya ia diluluskan, bukan dielakkan. Jadi, itu bukan isu yang biasa-biasa!

Cuba anda bayangkan anda makan di satu gerai mamak, ada di situ menggunakan ayat Al-Quran, tetapi setelah diselidik, rupa-rupanya pemilik gerai itu bukan Islam. Adakah itu isu biasa?

Sudah tentu anda akan menyebutnya isu sensitiviti. Ini apatah lagi jika pemilik gerai itu berhujah, ayat Quran yang diletak itu telah ‘diluluskan’ oleh masyarakat.

Benar ada persamaan menggunakan nama Allah itu dari situasi masyarakat kafir Quraisy dahulu. Nabi tidak membantah masyarakat menggunakan mereka menggunakan nama Allah atas sebab potensi mereka untuk menerima Islam. Ketika itu isu Islam adalah dalam proses perkembangan dakwah.

Tetapi, bagaimana pula hari ini, kristianisasi dalam perkembangan ‘dakwah’ mereka? Tambah lagi dengan situasi masyarakat melayu hari ini yang dalam keadaan lemah ilmu tauhid? Bukan setakat itu, menjadi-jadi lagi dengan keadaan murtad ke kristian yang bertambah-tambah. Bagaimana jika hal ini menjadikan mereka beralasan nama ‘Allah’?

Sehingga hari ini kita berjaya pertahankan Islam di muka bumi Malaysia beratus tahun lamanya. Lihatlah ketika mulanya Melaka dibangunkan, datangnya pedagang Arab menyebabkan dakwah Islam sampai di Malaysia. Raja tertarik, masyarakat juga tertarik. Lantas kita dianugerahi nikmat Islam kerana itu. Setelah penaklukan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, walau sekuatmana mereka menyebarkan dakyah kristianisasi, Sultan dan rakyat tetap bertahan dengan Islam.

Adakah 2010 ini satu sejarah baru kita mengizinkan dengan mudah ‘masyarakat’ kristian menyebarkan agama mereka dengan cara baru?

Bayangkan jika satu hari anak-anak membaca buku cerita, buku kanak-kanak, tetapi buku itu diselitkan cerita-cerita berunsur triniti bersulamkan nama Allah? Bagaimana dengan perkembangan mereka yang diajar tentang ilmu tauhid siapa Allah, tetapi di buku lain menceritakan Allah yang ‘lain’?

Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? [Surah At-Taubah : 30]

Pemahaman kalimat Allah di sisi Yahudi adalah berlainan, begitu juga Nasrani. Ia tidak sama dengan pemahaman umat Islam. Sekali lagi, adakah hal ini boleh dipandang enteng?

Maka di sini menjadi satu yang pelik, bagaimanakah sehingga pihak kristian katolik yang meminta izin untuk mendapatkan nama Allah itu, kita gagal pertahankan, sedangkan isu itu sekadar keizinan. Jika mereka menggunakan kalimah Allah tanpa izin, itu lain cerita.

Bermakna di sini, ada cerita lain di sebalik keizinan itu.

KATA NAMA KHAS ALLAH YANG DI’AM’KAN

Sekarang kita menggunakan nama khusus Allah sebagai tuhan yang satu, tuhan umat Islam. Tetapi dalam masa yang sama kristian menggunakan nama Allah hanya menggantikan nama tuhan, dalam ertikata lain, Allah akan hanya menjadi nama tuhan.

Mampukah kita menerima di kamus-kamus kelak menyatakan Allah itu sekadar ‘tuhan’?

Kelak, difahami ‘lailaha illallah’, “tiada tuhan selain tuhan”?

Kenapa tidak mereka kristian menggunakan nama tuhan lain, seperti dewata, theos, deus dan sebagainya menggantikan ‘god’ mereka? Mereka memilih pula nama Allah.

Sekali lagi, bukankah ada cerita tersembunyi di sebalik pemilihan nama Allah itu?

Kelak anda akan melihat sebahagian masyarakat Malaysia (kristian) yang mengakui ‘Allah’ itu beranak. Mereka boleh biasa menyebut insyaAllah, alhamdulillah, masyaAllah, kerana mereka dilindungi akta. Adakah kita hanya menerima ini sebagai fakta?

Bermakna di sini kita tidak boleh duduk diam jika nama Allah digunakan oleh orang kristian di Malaysia. Berdoalah agar kebenaran menggunakan nama Allah dibatalkan untuk orang kristian.

Ingatlah pada nama Allah yang khusus itu adalah satu harga yang sangat tinggi bagi mukmin. Ia tidak sama dengan nama Allah-tuhan yang ada pada agama yang lain.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah” [Surah Anfal : 2]

Rabu, 6 Januari 2010

Perjumpaan Bebudak SR dan PPP

Salam

Kejap tadi lebih kurang nak dekat kul 12.00 pagi, baru abis perjumpaan ngan Bebudak SR. Penuh gak la LT 1 (maklum la nak pungut cop kat kad aktiviti kolej..hehehe). Amanat di mulai oleh Saiful. Ianya banyak berkisar mengenai peranan PPP kepada pelajar. Nasihat dan teguran untuk semua benda yang bebudak selalu lakukan. Pastu, Sokri plak bagi talk. Dia lebih banyak bercakap pasal keselamatan dan tugas2 bahagian dier yang bersangkut paut dengan pelajar.

Pastu, tiba turn aku (ckp psl apa yer?)...hehehe. Aku baca semua kes-kes kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Rupanya baru bebudak tahu kebanyakkan benda yang diaorang buat rupanya kesalahan besar (atau buat2 x tahu?)...kuikuikui. Pastu aku sambung sikit pasal akademik (nasib baik tarikh2 penting akademik aku hafal)...berdegar-degar aku brief psl akademik (expert punye psl...kuikuikui).

Pastu Ustaz Sazali (punya la panjang & banyak berkias...kuikuikui) - nasihat dan kata-kata perangsang. Pastu Adam - lebih kpd jom pi Masjid (bilal besar la katakan...). Abis jer majlis tersebut, mkn2 time - kuew tiow n ayam goreng (not bad la). Skang tengah dengo lagu Bunkface - iklan TMNet (Through my window)....sesambil surf blog org lain....hehehehe....adios....

Ahad, 3 Januari 2010

Kembali

Salam

Semalam selain dari pendaftaran pelajar baru ijazah sarjana muda, pelajar-pelajar lama diploma telah kembali untuk pendaftaran kolej. Keadaan Segamat agak jammed, maklum la selain dari ibu bapa menghantar anak-anak mereka, mereka juga akan membeli belah di Segamat. Tarikan utama tentunya Kedai Kain Jakel dan durian segamat (dah musim nier). Masjid dah kembali bertambah-tambah saf, kolej-kolej dah kembali terang-benderang, suara-suara pelajar dah kembali bergema (gelak tawa dan menjerit....hehehe)

Rasanya semalam ramai bebudak baru ijazah dapat kolej, nasib baiklah bebudak diploma baru x ramai. Hari nier plak pendaftaran pelajar penerapan diploma sem 3. Nasib baik pendaftaran hanya sehingga pukul 12.30 petang, jadi staf2 dah boleh rilek bersama family di rumah.

Lupa nak citer kisah semalam. Abis jer pendaftaran pelajar kul 4.30 petang semalam, aku ngan epul bergerak ke Gemas. Planning utama adalah untuk makan Roti Nan Cheese, tup tup kedai tutup plak. Aiseh,terbantut selera. Pastu pusing2 utk cari Nasi Ayam Gemas. X jumpa jugak. Last2 berenti minum di Restoran Manis (Restoran gah, tp makanan hancuss..x best langsung). Pastu balik terus gi masjid, lepak la sampai Isyak. PPP tinggal aku ngan epul jer dalam kampus nier kalo cuti hujung2 minggu cenggini...hehehehe.

Itu la sikit2 citer aku pada hari semalam......adios....

Sabtu, 2 Januari 2010

Kerja dan Malam Tahun Baru

Malam sambutan tahun baru baru-baru ini tentunya satu kenangan baru dalam hidup aku. Pertama kali aku bekerja sehingga ke lewat malam pada malam 31 Disember 2009. Persediaan Laporan Peperiksaan Khas dan lain-lain perkara tentunya menjadi agenda pada malam tersebut. Mungkin di KL dan kota-kota metropolitan sambutannya adalah meriah. Orang ramai berkumpul dan bergembira menyambut kedatangan tahun baru. Ramai kawan-kawan tak percaya, Johor tidak bercuti untuk menyambut tahun baru...hehehe, itulah kelainan bila duk Johor nier.....

2008, 2009 dan kini 2010 tentunya membawa seribu pengertian dalam hidup aku. Tahun 2010, tentunya azam aku lebih tinggi "nak menggapai impian yang belum tercapai", apa yang belum tercapai? hanya aku yang tahu dan Insya'allah sinar kebahagian akan ku cari dan kini aku telah bersedia. Semoga kejayaan dan kenangan manis terus menerus hadir dan di alami oleh aku dalam meniti kerjaya sebagai AR di UiTM Johor. Aku dengan ini nak wish selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca blog, bloggers dan kawan-kawan aku walau dimana kalian berada. Semoga kehidupan kita didunia sentiasa dipermudahkan oleh-Nya.....adios.......

Pendaftaran Pelajar Baru dan MMS

Pengalaman menjadi seorang siswa tentunya satu kenangan manis bagi semua orang. Satu perasaan yang manis dan sangat mendebarkan. Menggalas harapan ibu bapa dan mencuba untuk melakukan yang terbaik, itulah janji mereka. Ibu bapa tentunya insan yang paling gembira dan tentunya berbangga apabila anaknya berjaya memasuki universiti.

Pada 27hb Disember yang lalu seramai 300++ pelajar hadir mendaftarkan diri untuk belajar di UiTM Johor. Jumlah itu adalah diluar jangkaan kerana tawaran yang dibuat adalah seramai 900++ pelajar. Walaupun sedikit jer, tapi program MMS yang dilancar tetap meriah. Semasa minggu program MMS baru-baru ini, pelbagai perkara berlaku dan berlalu begitu sahaja. Prof Kamil, big boss kat sini telah menamatkan tempoh berkhidmat sebagai pengarah di UITM Johor. Beliau akan digantikan dengan Prof Madya Dr Shohaimi, pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat. Pelbagai program di aturkan khas untuk kedua-dua pemimpin tersebut. Aku juga turut serta dan sentiasa menjadi pegawai yang menjaga protokol majlis...hehehe. Alhamdullilah, majlis yang dirancang dapat diterjemahkan dengan jayanya.

Semalam, majlis penutup MMS telah diadakan. Persembahan kata2 positif dan negatif tentunya menarik perhatian audiens. Menarik dan satu idea baru. Hari nier dan esok pula, pendaftaran pelajar baru ijazah dan tentunya jumlah yang datang mendaftar adalah tinggi. Seperti biasa, persediaan telah dilakukan dengan jayanya bagi memastikan proses pendaftaran pelajar berjalan lancar dan teratur. Walau macammanapun ini merupakan kali ke-3 sesi pendaftaran yang diuruskan oleh aku dan penambaikan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa.

Tapi satu persoalan bermain dalam diri aku, bila la aku dapat bercuti nier? kuikuikui....